Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAALMP Siri 83: Pemimpin masa depan perkhidmatan awam bertemu Menteri Pendidikan Tinggi

ALMP Siri 83: Pemimpin masa depan perkhidmatan awam bertemu Menteri Pendidikan Tinggi

PUTRAJAYA, 26 FEB – Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Kadir, siang tadi menerima kunjungan kumpulan pegawai kanan Perkhidmatan Awam yang sedang mengikuti Advanced Leadership and Management Programme (ALMP) Siri 83.

Turut hadir dalam sesi interaksi ini ialah Pengarah INTAN, Datuk Dr. Mohd Zabri bin Mohd Yusoff, bersama pegawai-pegawai kanan lain yang terlibat dalam program berprestij ini.

ALMP merupakan kursus mandatori bagi pegawai Perkhidmatan Awam yang menyandang Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C, bertujuan mempersiapkan mereka dengan kemahiran kepimpinan dan pengurusan strategik dalam pentadbiran negara.

Dalam suasana santai namun penuh bermakna, Dr. Zambry berkongsi pandangan dan pengalaman beliau mengenai kepimpinan dan pentadbiran, khususnya dalam konteks perkhidmatan awam yang dinamik.

Dalam sesi itu, beliau menekankan kepentingan menghayati dan mengamalkan konsep Malaysia Madani dalam tugas dan kehidupan seharian.

“Saya berharap sebagai pemimpin dalam sistem pentadbiran, kita dapat memperaktikkan Konsep Malaysia Madani, menjadikannya asas dalam setiap keputusan dan tindakan. Dengan pemikiran, idea serta karakter kepimpinan yang kuat, kita mampu melonjakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih baik dan kompeten dalam konteks pentadbiran awam,” katanya.

Beliau turut menzahirkan rasa teruja dapat berdialog dan bertukar idea dengan peserta ALMP yang terdiri daripada pemimpin masa depan perkhidmatan awam negara.

Dr. Zambry menutup sesi dengan harapan agar setiap peserta menjadi pemimpin yang bukan sahaja cemerlang dalam organisasi tetapi juga memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.

“Selamat maju jaya kepada semua peserta ALMP Siri 83. Insya-Allah, jika ada rezeki, kita akan bertemu lagi. Semoga anda semua terus menjadi pemimpin yang baik untuk ummah dan organisasi yang dipimpin,” katanya.

Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada pegawai kanan Perkhidmatan Awam untuk memperkukuh kemahiran kepimpinan, tetapi juga menjadi platform untuk mereka mendapatkan input langsung daripada pemimpin negara dalam usaha membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments