Saturday, November 21, 2026
HomeBERITATun Dr Mahathir ziarah Faisal Halim

Tun Dr Mahathir ziarah Faisal Halim

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat lawatan mengejut ke rumah Faisal Halim pada hari ini.

Melalui akaun media sosialnya, pemain sayap Selangor itu, yang sedang pulih daripada insiden serangan asid pada 5 Mei lalu berkata Tun Dr. Mahathir bertemu dengannya bersama keluarga di kediamannya pagi tadi.

“Tidak pernah terjangka untuk menerima kunjungan dari insan hebat hari ini.Terima kasih Tun Dr. Mahathir Mohamad sudi meluangkan masa untuk menziarahi saya sekeluarga”.

“InsyaAllah, saya akan terus cekal dan berusaha keras untuk kembali suatu hari nanti. Terima kasih semua kerana terus mendoakan.”

Dalam pada itu beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang terus mendoakan kesejahteraan dan kekuatannya.

 

Dengan penuh tekad, beliau berjanji akan terus cekal dan berusaha keras untuk kembali suatu hari nanti.

Terdahulu, Tun Dr Mahathir telah menggesa pihak berkuasa mencari punca di sebalik serangan itu, yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 5 Mei lalu.

“Serangan asid terhadap atlet tidak pernah berlaku pada masa lalu. Tidak pernah. Kita perlu mencari pelakunya dan mengambil tindakan segera kerana ini tidak sepatutnya berlaku dalam sukan,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments