Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPahang komited tarik lebih banyak pelabur - Wan Rosdy

Pahang komited tarik lebih banyak pelabur – Wan Rosdy

Kuantan, 7 April – Kewujudan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) telah menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi yang mampan untuk Malaysia khususnya Negeri Pahang.

Menurut Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, buktinya setakat ini ia telah membawa banyak peluang ekonomi kepada rakyat setempat iaitu dengan keupayaannya menarik lebih ramai pelabur dari seluruh dunia untuk menjalankan perniagaan di sini.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri Pahang Bersama-sama Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, China sempena Ulang Tahun Ke-10 penubuhan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) di Kuantan.

“Saya berharap akan ada lebih ramai pelabur yang sudi meneroka lebih lanjut peluang pelaburan di MCKIP memandangkan kerjasama itu akan memberi manfaat besar kepada kedua-dua negara terutamanya dalam menyediakan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, katanya.

Foto: FB Wan Rosdy bin Wan Ismail

Terdahulu dalam satu kenyataan media Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), setakat tahun ini, Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China telah merealisasikan RM14.55 bilion dalam pelaburan, manakala RM15.45 bilion lagi akan datang.

Semasa lawatannya ke China baru-baru ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden China Xi Jinping menekankan bahawa tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 perkongsian strategik komprehensif China-Malaysia.

Ia mencakupi manifestasi ketara perkongsian strategik ini boleh dikatakan sumbangan dari Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) di Kuantan, Pahang.

Dilancarkan secara rasmi pada 2013, taman perindustrian ini kini menempatkan kilang pembuatan keluli besar milik China, Alliance Steel (M) Sdn Bhd, yang menggaji 4,000 pekerja terutamanya warga Malaysia.

Syarikat lain yang melabur di taman itu termasuk pengeluar bateri asid plumbum Camel Power Trading Sdn Bhd, dan pengeluar cerucuk berputar Industrial Concrete Products Sdn Bhd.

Pelabuhan Kuantan yang terletak bersebelahan juga telah mewujudkan kira-kira 10,000 pekerjaan, memberi limpahan ekonomi yang besar bukan sahaja untuk Kuantan tetapi juga ekonomi wilayah Pantai Timur dan negara.–THE MALAYA POST

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments