BERA, 17 November – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan komitmen beliau untuk memperjuangkan nasib komuniti Orang Asli supaya mendapat peluang pendidikan, pekerjaan dan kehidupan yang lebih baik.
Katanya Barisan Nasional (BN) sentiasa memainkan peranan signifikan untuk menaik taraf kehidupan Orang Asli.

Ismail Sabri, yang juga calon BN bagi Parlimen Bera berkata, ketika menjawat jawatan Perdana Menteri, beliau mengembalikan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
Tujuannya kata beliau untuk memastikan peranan jabatan itu lebih meluas dalam usaha membantu meningkatkan taraf hidup Orang Asli.

“Ketika zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH), JAKOA diturun taraf dan diletakkan di bawah Jabatan Perpaduan Negara, sekali gus menunjukkan gabungan itu meminggirkan masyarakat Orang Asli,” katanya ketika ditemubual The Malaya Post di program ramah mesra di Pos Iskandar dan Kampung Palawan siang tadi.
Katanya bagi menjamin kebersihan air minum yang bersih bagi komuniti orang asli di seluruh Malaysia, sejumlah RM140 juta diluluskan bagi mengatasi masalah bekalan air bersih.

Kehadirannya Perdana Menteri disambut sangat meriah dan mesra oleh masyarakat Orang Asli suku Semelai, yang ternyata teruja berpeluang bertentang mata dengan Perdana Menteri.

“Sebagai Perdana Menteri, saya mahu masyarakat Orang Asli setanding dengan masyarakat lain di Malaysia.
“BN tidak meminggirkan masyarakat Orang Asli dan ini terbukti apabila wakil Orang Asli diangkat menjadi Ketua Pengarah JAKOA, Senator dan Ahli Parlimen,” katanya.–THE MALAYA POST
*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply