Ia merupakan satu detik cemas bagi penduduk Jitra, Kedah apabila dikejutkan dengan bencana ribut dan fenomena puting beliung yang berlaku pada petang semalam (20 Oktober).
Kejadian berlaku di Kedah…semoga dipermudahkn amiinš„ pic.twitter.com/zqQamXW1CJ
— balkuro (@mohdiqbal_19) October 20, 2019
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 petang, dipercayai bermula dengan kejadian pusaran angin dan langit berubah menjadi gelap.
Ni sambungan diaš„doakan yg baik2 saja š pic.twitter.com/V9CJRRIomd
— balkuro (@mohdiqbal_19) October 20, 2019
Berikutan kejadian terbabit, penduduk kampung Pida 3, Jitra Kedah bertindak melaungkan azan dalam usaha tiada perkara buruk yang tidak diingini berlaku.
Kejadian itu turut berlaku di kampung Pida 4 danĀ dilaporkan kediaman penduduk telah mengalami kerosakan teruk.
Bumbung beberapa rumah berterbangan akibat angin yang kuat dan pokok serta tanaman turut musnah.
Dalam pada itu, tiada kecederaan atau kemalangan yang dilaporkan akibat bencana berkenaan.





Leave a Reply