Saturday, May 18, 2024
HomeBERITAMeja VIP bernilai RM50,000, bekas hidangan lauk di majlis prestij seperti besen...

Meja VIP bernilai RM50,000, bekas hidangan lauk di majlis prestij seperti besen plastik di kedai RM2

Jarang sekali kita dapat melihat kelibat usahawan terkenal dan juga ibu kepada Dato’ Sri Alif Syukri, Rozita Ibrahim menghadiri majlis keraian yang dihadiri tetamu VIP atau dif-dif kehormat.

Rozita yang terkenal sebagai pengasas produk Sendayu Tinggi dan Jamu Ratu Malaya mesra disapa bonda oleh para pengikutnya di laman Instagram yang mengikuti perkembangan peribadi, keluarga mahupun produk keluaran terbaru keluaran syarikatnya.

Terbaru, Bonda Rozita telah berkongsi status di laman Instagramnya tentang majlis kenamaan yang dihadiri bersama anaknya, Dato’ Sri Aliff Syukri.

View this post on Instagram

Pinggan mangkuk kualiti pasar malam sedangkan ..1 meja ni kena bayar 50k utk 10 seat tau !! Kalau kt rumah macam ni kita hidangkan tetamu dah kena carut kata chef wan dn ahli koperat lain !! . Kami yg dok semeja ketawa serentak dn terakam pulak muka kri , terkejut ..ehh betul keplastik ni.. VVIP lain dok semeja dgn sy komen benda sama malam tadi majlis Asean reward ..Jimmy Choo , menteri dn entrepreneur asean“ bukan calang kepalang” . Terpukau bila mereka serve pakai pinggan plastik dn besen basuh ikan je ..!! . . Moral of the story “ tempat prestij bukan jaminan mewah dn tempat kampung xsemestinya ketinggalan zaman..” . . Adab menlayani tamu dihotel mewah selalunya pinggan dn kemasannya serba mewah ..sbb bayar mahal ..Kalu picnic atau warong kecik kita faham pakai pinggan plastik ..(Sy tak akan makan dn minum dlm plastik sbb sy tau toksin)

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on

Kehadirannya di majlis tersebut hanyalah untuk menemani anaknya Dato’ Sri Aliff Syukri yang terpilih menerima “Asean Outstanding Business Award 2019″.

Ternyata majlis prestij dan tampak meriah dengan kehadiran para tetamu VIP yang bukan calang-calang termasuklah beberapa Menteri, pereka kasut terkenal dunia, Datuk Jimmy Choo dan beberapa tetamu penting yang lain.

Namun para tetamu yang hadir ke acara terkemuka itu tergamam apabila set hidangan lauk pauk yang digunakan untuk menjamu  tetamu adalah di dalam besen plastik seakan dijual di pasar malam.

Bonda Rozita turut meluahkan rasa kecewa terhadap pihak penganjur rentetan hidangan yang dijamu untuk tetamu tidak setaraf dengan kadar bayaran yang dikenakan.

Menurut bonda Rozita, bayaran untuk satu meja yang menempatkan sepuluh orang tetamu adalah berharga RM50,000.

Menurutnya, ia merupakan sesuatu yang tidak berbaloi setelah melihat hidangan lauk pauk yang diletakkan di dalam bekas plastik seakan besen meletak ikan di rumah.

Sehubungan itu, perkongsian bonda Rozita mengenai isu terbabit telah dibanjiri pelbagai komen dari netizen yang sangat bersetuju dengan status berkenaan.

Netizen menyifatkan pinggan mangkuk yang digunakan pada majlis berkenaan seperti besen yang dijual di kedai RM2.00.

Dalam pada itu, sudah tentu ada sahaja telatah lucu dan respon spontan jutawan muda, Dato’ Sri Alif Syukri yang nyata tanpa berselindung menunjukkan reaksi muka terkejut melihat besen hidangan lauk pauk berkenaan, telah mengundang gelak ketawa netizen yang melihat gambarnya itu.

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments