Friday, July 19, 2024
HomeBERITAKedai Mamak beroperasi 25 jam sehari!Terlebih satu jam dalam sehari undang ketawa...

Kedai Mamak beroperasi 25 jam sehari!Terlebih satu jam dalam sehari undang ketawa netizen

Setiap peniaga pasti mahu membuat satu kelainan dan berbeza dengan pesaing dan peniaga lain.

Jika kebiasaannya, terpampang pada papan tanda di kedai makan atau restoran, waktu beroperasi perniagaan dibuka 24 jam sehari adalah waktu urusniaga yang biasa kita dengar.

Namun berbeza dengan sebuah restoran di selatan tanah air, Johor Darul Takzim.

Telah tular di laman Twitter apabila penyanyi dari kumpulan Drama Band, Aepul telah memuatnaik video berdurasi 14 saat dan menurutnya “Anda kesuntukan masa? Datanglah ke mapley ini, ada extra sejam dalam hidup anda!” tulis Aepul.

Semestinya semua akan tertanya-tanya dari mana datangnya lebihan 1 jam lagi, namun di ruangan komen pula ada yang berceloteh “kena masuk alam lain”.

Restoran Azhar yang terletak di Pekan Parit Raja, Batu Pahat, Johor ini sangat terkenal di kalangan para penduduk berhampiran.

Rata-rata di ruangan komen Twitter penyanyi berkumpulan yang popular dengan lagu Drama, boleh dikatakan majoritinya berasal dari penduduk Pekan Parit Raja dan ada yang terhibur dengan kelainan yang dibuat oleh kedai berkenaan.

Setakat ini video berkenaan sudah mendapat lebih 3000 retweet dan tanda suka dari warga Twitter.

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments