Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAProgram Jom Cuci Masjid, edisi ke-38 dapat sambutan luar biasa

Program Jom Cuci Masjid, edisi ke-38 dapat sambutan luar biasa

KEMAMAN, 17 September – Edisi ke-38 program Jom Cuci Masjid atau JCM, menerima sambutan luar biasa, apabila berlangsung meriah dengan disertai hampir seribu peserta.

Program amal dan kemasyarakatan, anjuran bersama Jabatan Operasi Teknikal, Media Prima Berhad dan Persatuan Jom Cuci Masjid, telah memilih Masjid Kampung Batu 9, Ibok, Chukai, Kemaman, Terengganu untuk program kali ini.

Mungkin kerana program yang telah ditangguhkan lebih dua tahun gara-gara pendamik Covid 19, acara kali ini, mendapat sambutan di luar dugaan.

Acara bermula dengan konvoi motosikal berkuasa tinggi dari seluruh negara hampir 200 buah.

Mereka kemudian, berkumpul di Tol Kertih untuk bersama dengan penunggang tempatan termasuk untuk acara “flag off” atau pelepasan menuju lokasi yang telah dipilih iaitu Masjid Kampung Batu 9, Ibok, Chukai, Kemaman, Terengganu.

Paling menarik, program kali ini, turut disertai bekas Menteri Besar Terengganu yang juga Pengerusi Ketengah, Datuk Seri Dr. Ahmad Said yang sama-sama menyertai program gotong-royong.

Datuk Seri Dr Ahmad, turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada kumpulan Jom Cuci Masjid iaitu mereka yang bermotor kuasa , sanggup datang ke sini sekaligus melakukan amal jariah.

Menurut pengasas JCM, Jalil Kamaruddin, selepas berehat panjang, beliau berharap program ini akan berterusan seperti dirancang dan banyak lagi masjid boleh dicuci dan dibersihkan.

“Alhamdulillah, program ini telah ditangguhkan lebih dua tahun gara-gara pendamik Covid 19.Jom Cuci Masjid atau JCM, menerima sambutan di luar dugaan dari penduduk di sini, ia berlangsung meriah dengan disertai hampir seribu peserta,” katanya kepada The Malaya Post.

Selepas peserta bersarapan, mereka memulakan aktiviti dengan melakukan solat Dhuha secara berjemaah.

Diikuti acara mencuci dan membersih masjid yang turut disertai penduduk kampung, terutama daripada kariah Masjid Kampung Batu 9, Ibok.

Manakala satu lagi kumpulan yang terdiri daripada penunggang motosikal, melakukan kerja pembersihan di kawasan perkuburan Islam Batu 9.

Selepas itu, peserta bertolak dari Masjid Kampung Batu 9 dan tanah perkuburan ke Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman untuk menghadiri program yang dinamakan Bicara Santai.

Bicara Santai dikendalikan oleh Presiden Sifu Bikers, Ustaz Hanafiah Abdul Malek serta penceramah tempatan, Ustaz Mastura Mohamed, Imam Masjid Buluh Gading, Kuala Terengganu.

Selepas itu, peserta balik semula ke perkarangan masjid untuk makan tengahari diikuti solat zohor berjemaah.

Majlis berakhir dengan upacara penyerahan barangan bantuan kepada para asnaf di kawasan berkenaan.

Bagi asnaf yang sedang keuzuran dan tidak dapat mengambil barangan bantuan ketika program berlangsung, ahli jawatankuasa JCM datang ke rumah asnaf sendiri menghantar bantuan.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments