KUALA LUMPUR, 15 September – Negara kehilangan seorang pemimpin yang hebat setelah bekas Presiden MIC Tun S. Samy Vellu meninggal dunia hari ini pada usia 86 tahun, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata mendiang Samy Vellu sebelum ini berjaya menyatukan masyarakat India di Malaysia, selain memperjuangkan nasib kaum itu.
Kita kehilangan seorang pemimpin yang hebat. Tun Samy Vellu yang selama ini dianggap sebagai bapa penyatuan kepada masyarakat India.
“Kita lihat Tun Samy Vellu sewaktu menjadi Presiden MIC berjaya menyatupadukan masyarakat India di Malaysia dan memperjuangkan masyarakat India dari segi ekonomi dan sebagainya, maka negara kehilangan seorang pemimpin yang hebat seperti Tun ini,” ciapnya di Twitter.
Pagi ini saya menerima berita sedih tentang pemergian Tun S. Samy Vellu, mantan Presiden MIC dan juga bekas menteri Kabinet yang paling lama berkhidmat bermula sebagai Menteri Kerja Raya pada 1979-1989 dan 1995-2008. pic.twitter.com/OKWJMBjbBA
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) September 15, 2022
Banyak sumbangan yang ditaburkannya kepada negara dan masyarakat India seperti penubuhan MIED, Universiti Aimst dan Kolej Tafe yang membantu meningkatkan kehidupan masyarakat itu di negara ini.
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) September 15, 2022
Saya mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang. Jasa beliau akan terus dikenang.
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) September 15, 2022
Samy Vellu meninggal dunia di kediamannya di sini, kira-kira 7 pagi tadi.
Perkara itu disahkan bekas Presiden MIC Tan Sri Dr S. Subramaniam.
Samy Vellu yang memimpin MIC dari 1981 hingga 2010 adalah antara pemimpin paling lama memegang jawatan dalam Kabinet, iaitu kira-kira tiga dekad bermula sebagai Menteri Kerja Raya pada 1979.–THE MALAYA POST
*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply