PUTRAJAYA, 18 Ogos – Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir cubaan Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk menangguhkan rayuan akhir perbicaraan berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta milik Syarikat SRC International Sdn Bhd.
Tun Dr Mahathir berkata apa yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Pekan itu ialah untuk memastikan beliau masih ‘tidak bersalah’ pada pilihan raya akan datang.
“Apa dilakukan ialah untuk tangguh semuanya. Jadi pada pilihan raya (Pilihan Raya Umum ke-15), dia masih tidak bersalah. Dia dalam rayuan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Presiden Gerakan Tanah Air (GTA) di Yayasan Kepimpinan Perdana, siang tadi.–THE MALAYA POST
*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply