Thursday, May 30, 2024
HomeBERITAMayat dua kanak-kanak ditemui di dalam dua beg bagasi yang dilelong

Mayat dua kanak-kanak ditemui di dalam dua beg bagasi yang dilelong

Di Wellington, mayat dua kanak-kanak ditemui di dalam dua beg bagasi yang dibeli dalam satu acara lelongan di New Zealand.

Menurut Detektif Inspektor Tofilau Faamanuia Vaaelua, kedua-dua mayat itu dipercayai disimpan selama beberapa tahun.

Siasatan polis mengesahkan mangsa dikatakan berumur antara lima hingga 10 tahun apabila mereka mati.

“Mayat mereka disembunyikan di dalam dua beg bagasi bersaiz agak sama,” kata Vaaelua.

Memetik laporan media tempatan, mayat mereka  ditemui apabila sebuah keluarga membeli barangan di dalam sebuah treler yang dilelong dari sebuah tempat penyimpanan di Auckland Selatan.

“Polis mengulangi bahawa keluarga terbabit tiada kaitan dengan pembunuhan kedua-dua kanak-kanak itu tetapi mereka amat terkejut dan tertekan dengan penemuan tersebut.

“Mereka meminta supaya diberikan privasi,” tambahnya.

Polis menggunakan barangan isi rumah dan peribadi yang ditemui bersama dua beg bagasi itu dalam usaha untuk mengenal pasti identiti kedua-dua mangsa pembunuhan berkenaan.

Menurut Vaaelua, polis New Zealand juga sedang  bekerjasama dengan polis antarabangsa Interpol walaupun saudara-mara mangsa dipercayai masih berada di negara itu.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments