Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual akan hadir ke kediaman rasmi mantan Ketua Setiausaha Negara, Allahyarham Tan Sri Dr. Ali Hamsa untuk beri penghormatan terakhir dan menunaikan solat jenazah jam 9.30 pagi ini.
Perkara itu disahkan dalam satu kenyataan dikeluarkan bahagian media dan komunikasi strategik Pejabat Perdana Menteri.
Terdahulu media melaporkan penerbangan membawa pulang jenazah Tan Sri Dr. Ali dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 6.30 pagi ini.
Allahyarham Tan Sri Dr. Ali, 66, yang berkhidmat sebagai KSN ke-13 selama enam tahun dari 2012, meninggal dunia di Hospital Dublin, Ireland pada Khamis.–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply