Sunday, May 19, 2024
HomeBERITATip pilih Baju Raya bersesuaian dengan bentuk fizikalmu

Tip pilih Baju Raya bersesuaian dengan bentuk fizikalmu

Muslimin muslimat bakal menyambut Lebaran lebih kurang dua minggu sahaja lagi.

Pasti kedatangannya dinanti-nanti setelah dua tahun ‘berehat’ kerana menuruti Perintah Kawalan Pergerakan yang membataskan pertemuan demi memutuskan rantaian penularan Covid 19.

Terbayang di mata suasana sambutan Lebaran di kampung halaman bersama ayah bonda, keluarga dan juga sanak saudara yang dirindui.

Selain menikmati hidangan enak di atas meja, sudah semestinya kita ingin tampil berseri dengan busana baru tatkala mengunjungi kaum keluarga kan?

Bagi anda yang masih tercari-cari idea bersesuaian, jom kami kongsi tip memilih busana berdasarkan bentuk fizikalmu.

1. Pinggul besar, dada kecil & perut leper (A shape)

✓ Jangan biarkan pinggul nampak lebih besar. Elak corak besar atau warna terlalu terang di bahagian pinggul.

✓ Kain beropol / berkedut dan tambahan span pelapik pada bahu dapat menyeimbangkan saiz. Jika memilih pakaian bercorak, tumpukan pada bahagian atas baju.

✓ Busana sesuai ; dart baju di bahagian hadapan.

2. Dada besar & pinggul leper 

✓ Kurangkan tumpuan pada bahagian dada dengan warna gelap atau lembut. Sebolehmya elak corak besar pada bahagian ini.

✓ Busana sesuai ; dart baju di bahagian belakang.

3. Tubuh rendah & kecil (petite)

✓ Tiada masalah untuk menggayakan warna berani, asalkan sesuai dengan tona kulit.

✓ Elak corak melintang. Ini akan membuatkan anda nampak lebih rendah.

✓ Busana sesuai ; pilih corak yang sama untuk baju dan kain. Ini mampu memberi illusi tinggi kepada pemakai.

4. Kurus dan tinggi

✓ Untunglah bagi yang memiliki bentuk tubuh langsing persis peragawati kerana anda bebas menggayakan apa saja busana.

✓ Busana sesuai ; Baju kurung Pahamg. Anda akan kelihatan lebih menarik dengan baju yang kembang. Tapi, no-no buat mereka yang rendah & berisi kerana akan terlihat lebih ‘kembang’.

5. Rendah & perut buncit

✓ Mungkin anda boleh memikirkan penggunaan korset atau bengkung. Kini, ianya dipermodenkan agar lebih mudah dipakai.

✓ Busana sesuai ; Pesak gantung. Ia sesuai untuk melindungi perut agar tampak langsing.

6. Bahu bidang

✓ Pilih pakaian bahagian bawah yang mampu menyeimbangkan pemandangan keseluruhan.

✓ Busana sesuai ; Potongan duyung pada kain.

Nah! Semoga perkongsian ini dapat membantu anda agar bukan saja tampil lebih bergaya, malah diharap mampu menutup kekuranganmu. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments