Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Seri Mahdzir Khalid menerima kunjungan Hormat Duta Besar Perancis ke Malaysia, Roland Galharague di pejabatnya pada Jumaat.

Video rangkuman 1 Okt 2021 – Terima kunjungan hormat oleh Duta Besar Perancis ke Ibu Pejabat KPLB.#KeluargaMalaysia #BekerjaBersamaRakyat #LuarBandarSejahtera pic.twitter.com/26tUGSsPAj
— Mahdzir Khalid (@MahdzirKhalid) October 1, 2021
Menurut Dato’ Seri Mahdzir Khalid dalam satu kenyataan ringkas di Twitter berkata, perbincangan dengan Roland Galharague itu memfokuskan pengalaman kerajaan Perancis dalam membangunkan kawasan luar bandar dan kerjasama sedia ada dalam bidang pendidikan.
Antara topik perbincangan kami termasuklah berkaitan pengalaman kerajaan Perancis dalam pembangunan kawasan luar bandar. Juga berkaitan meningkatkan kerjasama dalam bidang pendidikan yang sedia terjalin. (2/3) pic.twitter.com/S0QBdub4TU
— Mahdzir Khalid (@MahdzirKhalid) October 1, 2021
Turut hadir, Ketua Setiausaha KPLM yang baharu, Dato’ Ramlan Bin Harun, dan TKSU KPLB, Datuk Che Murad Sayang Ramjan.–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply