Saturday, November 21, 2026
HomeBERITA'Nak langgar UMNO, kita pun boleh langgar' – Ku Nan

‘Nak langgar UMNO, kita pun boleh langgar’ – Ku Nan

Dua hari lalu, Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PN akan meneruskan rundingan pembahagian kerusi dan mengadakan mesyuarat mulai minggu hadapan walaupun masih tidak mendapat sebarang gambaran daripada UMNO atau Barisan Nasional (BN).

Yang pasti, keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi PN itu mengundang reaksi kurang selesa  Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Memetik laporan UMNO Online, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku atau Ku Nan mempersoal tindakan Tan Sri Muhyiddin yang bakal membincangkan persiapan PRU termasuk pembahagian kerusi.

Katanya ini kerana tarikh pilihan raya hanya akan ditentukan oleh Perdana Menteri dan bukan ketua parti.

“Tidak faham kenapa Pengerusi PN semalam telah sebut yang dia hendak agih-agihkan kerusi… tidak apalah dia hendak langgar UMNO… kita pun boleh langgar dia, saya berharap ini merupakan satu gerakan momentum kita.

“Bila dia sebut hendak langgar kita jadi kita start lah, kita sebelum ini duduk diam dan biarkan tapi oleh kerana tekanan yang telah dibuat kepada kita jadi kita pun mengambil satu kaedah untuk memastikan UMNO ini masih lagi merupakan satu pertubuhan yang masih relevan,” katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya berkata demikian sejurus menerima borang keahlian daripada 120 orang termasuk Ketua PPBM Bahagian Putrajaya Datuk Seri Dr Erwan Mohd Tahir yang mengumumkan keluar dari parti itu berkuatkuasa serta-merta dan kembali menyertai UMNO.

Ku Nan berkata situasi itu jelas menunjukkan bahawa parti itu tidak ada hala tuju yang sebenar sehingga memberikan kesedaran kepada ahli-ahlinya untuk bersama dengan UMNO demi membawa perjuangan rakyat.

“Saya terima mereka ini lagi pun mereka ini tidak banyak ahli-ahli di dalam bahagian, saya tahu parti ini pun sedang berkocak dan tidak ada ahli yang begitu ramai.

“Ahli-ahli mereka telah sedar bahawa mereka sebenarnya mahukan satu pertubuhan siasah yang mempunyai kaedah untuk memastikan bahawa kepentingan orang Melayu itu akan terjaga, itu yang penting.

“Daripada senarai yang diberikan kepada saya menunjukkan bahawa mereka ini adalah ahli baharu jadi mereka ini bukanlah ahli UMNO Putrajaya yang pergi ke Bersatu, tidak ada seorang pun yang meloncat daripada UMNO ke Bersatu,” ujar beliau lagi.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments