Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAEnam terbunuh, TNI giat usaha buru penjenayah bersenjata di Papua

Enam terbunuh, TNI giat usaha buru penjenayah bersenjata di Papua

Susulan lima anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan seorang jururawat wanita terbunuh bulan ini.

Tentera Indonesia menggiatkan usaha memburu penjenayah bersenjata di wilayah timur negara itu, Papua dan Papua Barat.

Lapor media tempatan, TNI, dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, mempertingkatkan usaha memerangi kumpulan penjenayah bersenjata di wilayah itu.

Mangsa terbabit maut dalam tiga serangan berasingan.

Pada 21 September lalu, satu kejadian berbalas tembakan berlaku antara anggota TNI dan militan bersenjata Ngalum Kupel (KKB) di kawasan Kiwirok, yang mengorbankan seorang anggota tentera.

Berikutan ketegangan yang semakin meningkat, pasukan keselamatan memutuskan untuk memindahkan semua penduduk di Kiwirok menggunakan pesawat semalam.

Pada 13 September lalu, penjenayah bersenjata membakar sebuah klinik kesihatan di Kiwirok di wilayah Papua, menyebabkan seorang jururawat terbunuh dan lima pekerja kesihatan cedera, manakala seorang pekerja ditahan sebagai tebusan.

Pada akhir April lalu, kerajaan Indonesia mengisytiharkan kumpulan penjenayah bersenjata di wilayah Papua dan Papua Barat sebagai pengganas kerana menghasut kepada keganasan dan menjadi pemisah yang menggugat kedaulatan negara.

Keputusan itu dibuat selepas seorang pegawai polis terbunuh dalam satu kes tembakan dengan militan bersenjata di Papua.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments