Sarawak bakal menjadi negeri pertama melaksanakan suntikan dos penggalak pada bulan depan.
Ia akan memfokuskan kepada golongan berisiko tinggi berusia 60 tahun keatas dan mempunyai komobiliti serius.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pemilihan Sarawak sebagai antara penerima awal dos penggalak berikutan merupakan negeri pertama menyelesaikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
“Sarawak akan menjadi antara negeri yang mulakan dos penggalak pada Oktober nanti, kita akan beri fokus kepada golongan berisiko tinggi berusia 60 tahun keatas dan mempunyai komobiliti serius.
“Kita dapati inilah kumpulan yang sedang mengalami gejala serius di hospital dan perlu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU),”katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Khas Imunisasi dan Pengurusan Covid-19 di Kuching, Sarawak hari ini.
Khairy berkata, dos penggalak itu akan mula diberikan kepada golongan terlibat selepas garis panduan klinikal berkaitan vaksin siap sepenuhnya.
“Kita akan mempercepatkan ujian saringan dan sekiranya individu tersebut positif, dia akan terus dikuarantin.
“Beberapa pengajaran di Lembah Klang dalam mengurangkan kes Covid-19 akan diaktifkan di Sarawak iaitu laksanakan ujian dengan pantas dan asingkan mereka yang positif secara cepat,” ujarnya.–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply