Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAMalaysia teguh pertahan keamanan elak konflik

Malaysia teguh pertahan keamanan elak konflik

Malaysia teguh pertahankan keamanan dan mencegah berlakunya konflik menerusi ‘strategi’ dasar luar negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, Malaysia selaku negara anggota ASEAN komited dalam memelihara rantau Asia Tenggara sebagai Zon Keamanan, Kebebasan dan Berkecuali (ZOPFAN).

“Malaysia sekali lagi mengesahkan komitmen negara ini ke arah mewujudkan keamanan, keselamatan dan kemakmuran global dengan terus menerajui pembentukan Komuniti Bersama mengenai gencatan senjata global pada Jun tahun ini.

“Kami sangat yakin negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mesti bersatu suara mengenai perlunya gencatan segera dalam pertikaian di seluruh pelosok dunia.

“Ia akan membenarkan kerajaan dan semua pemegang taruh untuk menumpukan perhatian mereka memerangi musuh berbahaya manusia,” katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-76.

Perdana Menteri berkata sebagai negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya, kaum dan agama, Ismail Sabri berkata, Malaysia amat yakin apa yang diamalkan di negara ini boleh diadaptasikan untuk seluruh dunia.

Katanya, multilateralisme dan hidup bersama secara aman adalah saling mengukuhkan antara satu sama lain.

“Kita perlu sedar ketika kita menjadi lebih maju, kita sepatutnya lebih bersatu padu dan kuat sebagai keluarga bangsa.

“Penghormatan dan persefahaman bersama mesti menjadi tulang belakang serta dasar ketika berinteraksi dan berbincang,” katanya.

Datuk Seri Ismail Sabri berkata, kepelbagaian dimiliki itu boleh menjadi sumber kuasa yang kuat dan berdaya tahan, maka dunia perlu melihat dengan lebih mendalam kualiti yang banyak untuk membentuk keluarga bangsa.

“Di tengah-tengah ketidaktentuan global, sudah tiba masanya kita bekerja dan memperkukuhkan usaha ke arah kehidupan bersama dalam kedamaian dan keharmonian,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments