Thursday, November 19, 2026
HomeBERITAMalaysia ulangi pendirian sokong penghapusan keseluruhan senjata nuklear

Malaysia ulangi pendirian sokong penghapusan keseluruhan senjata nuklear

Malaysia menyokong penghapusan keseluruhan senjata nuklear dan mengulangi iltizam Malaysia menjayakan segala matlamat ditetapkan demi kepentingan masyarakat sejagat.

Bagaimanapun tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, penglibatan negara maju harus dipertanggungjawabkan dalam menyediakan sumber kewangan dan pemindahan teknologi sejajar misi kelestarian alam sekitar global.

“Kami kecewa apabila berbilion dolar dibelanjakan untuk mengekal dan memodenkan senjata nuklear, berbanding menyelamatkan nyawa dan mata pencarian.

“Malaysia menyokong penghapusan sepenuhnya senjata nuklear dan memberi jaminan ia tidak akan dibangunkan lagi. Ini adalah satu-satunya jaminan susulan bencana yang meletus akibat daripada penggunaannya.

“Ke arah pengakhiran ini, Malaysia menyambut baik penguatkuasaan Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (TPNW) pada awal tahun ini,” katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-76.

Sehubungan itu ujar beliau, Malaysia amat menyambut baik pelaksanaan Perjanjian Pengharaman Senjata Nuklear awal tahun ini dan berharap usaha tersebut terus dipatuhi.

Perdana Menteri turut berkata, Malaysia selaku pengerusi Jawatankuasa Utama 1 mengenai Pelucutan Nuklear untuk Persidangan Kajian Semula NPT ke-10, akan berusaha membawa negara yang terbabit dalam ratifikasi itu supaya bersatu hati.

Perdana Menteri berkata, Malaysia akan melakukan yang terbaik untuk memimpin pertimbangan ke arah keputusan yang membuahkan hasil.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments