Saturday, November 21, 2026
HomeBERITA523 'check in' dikenalpasti babitkan kes pesakit positif COVID-19

523 ‘check in’ dikenalpasti babitkan kes pesakit positif COVID-19

Sebanyak 523 ‘check-in’ telah dikenalpasti babitkan kes pesakit positif COVID-19 yang diberikan perintah Home Surveilance Order (HSO).

Menurut Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin daripada data yang diperolehi, sebanyak 18% kes berkenaan dikesan berlaku di pasaraya.

Justeru, pihak premis yang didapati membenarkan individu yang melanggar perintah HSO boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“JKPS memandang serius laporan analisis mobiliti aplikasi MySejahtera yang mendedahkan bahawa sebanyak 523 check-in telah dikenalpasti dalam kalangan kes pesakit positif COVID-19 yang diberikan perintah Home Surveilance Order (HSO).

“Sehubungan itu, bagi membolehkan tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa dengan pantas dan tegas, JKPS telah meminta pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menyalurkan maklumat berhubung pelanggaran perintah HSO secara serta merta (real-time) kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan penguatkuasaan di lapangan”, katanya dalam satu kenyataan media.

Jelas beliau, pihak polis akan bergerak terus ke mana-mana lokasi yang telah dikenal pasti bagi tujuan penguatkuasaan berdasarkan undang-undang sedia ada.

Dalam perkembangan lain, Dato’ Seri Hamzah berkata Op Patuh akan memberikan tumpuan khusus terhadap pelaksanaan Gelembung Pelancongan Pulau Langkawi.

Ia bagi memastikan kejayaan pelaksanaan projek rintis tersebut sebelum ianya diperluaskan kepada destinasi-destinasi pelancongan yang lain.

Katanya sejak dilancarkan pada 25 Jun 2021, Op Patuh sehingga 23 September 2021 telah menjalankan sebanyak 1,843,856 pemeriksaan di seluruh negara ke atas 178,266 buah kilang, 79,974 tapak pembinaan, 1,565,649 premis perniagaan dan 24,967 asrama penginapan.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 7,410 kompaun telah dikeluarkan dan 4,440 premis telah diarah tutup.

“Mesyuarat JKPS memutuskan untuk meneruskan tindakan penguatkuasaan pematuhan SOP secara bersepadu melalui Op Patuh bagi memastikan tiada pihak mengambil mudah mengenai pematuhan SOP PKP ketika negara beralih ke fasa endemik”, katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments