Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAKes positif COVID-19 catat sedikit peningkatan dengan 14,554 kes hari ini

Kes positif COVID-19 catat sedikit peningkatan dengan 14,554 kes hari ini

 

Sebanyak 14,554 kes positif Covid-19 direkodkan di negara ini hari ini.

Ia menunjukkan sedikit peningkatan berbanding semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter berkata secara kumulatifnya, kes positif COVID-19 di negara ini melonjak kepada 2,171,232 kes.

Sarawak menjadi negeri tertinggi melaporkan kes harian dengan 2,825 kes, diikuti Selangor (2,244).

Manakala Johor (1,807), Sabah (1,273), Pulau Pinang (1,231) dan Perak (1,144).

Kelantan merekodkan 910 kes, disusuli Kedah (908), Terengganu (690), Pahang (598), Melaka (401), Kuala Lumpur (271), Negeri Sembilan (157), Perlis (65) dan Putrajaya (30).

Tiada kes jangkitan Covid-19 direkodkan di Labuan.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments