Saturday, November 21, 2026
HomeBERITA'Kenapa engkau sayang sangat Sajat' - Hamzah Zainuddin

‘Kenapa engkau sayang sangat Sajat’ – Hamzah Zainuddin

Kenapa engkau (kamu) sayang sangat (Nur) Sajat”.

Demikian reaksi spontan Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hamzah Zainuddin ketika diminta mengulas isu berkaitan kontroversi usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali Nur Sajat yang melarikan diri ke Thailand dipercayai melalui Padang Besar, Perlis pada Mac lalu.

Walaupun tidak mengulas lanjut status dan usaha membawa pulang Nur Sajat yang sudah ditahan di Bangkok pada Mac lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga agensi utama di bawah KDN pimpinan Hamzah sedang berusaha membawa pulang usahawan kosmetik itu.

Hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan mengedarkan salinan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian (UNHCR) dipegang Nur Sajat selepas didedahkan media Isnin lalu.

Turut diedarkan, gambar Nur Sajat ketika disoal siasat pihak imigresen Thailand ketika ditahan pada 8 September lalu di kondominium di Bangkok.

Terdahulu akhbar Harian Metro memetik sumber mendedahkan kad pelarian Nur Sajat bernombor 815-21C00071 itu dikeluarkan UNHCR di Bangkok dengan bantuan ibu pejabat mereka di Malaysia.

Laporan itu menyebut Nur Sajat sedang dibantu negara tertentu dan pertubuhan antarabangsa termasuk UNHCR di Bangkok dan Malaysia untuk mendapatkan kebenaran berpindah ke Australia.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments