Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAMalaysia-Singapura sepakat iktiraf sijil vaksinasi kedua-dua negara

Malaysia-Singapura sepakat iktiraf sijil vaksinasi kedua-dua negara

Berita baik untuk rakyat Malaysia dan Singapura.

Kerajaan Malaysia dan Singapura sepakat untuk mengiktiraf sijil vaksinasi COVID kedua-dua negara dalam tempoh terdekat.

Ia bagi memudahkan pergerakan sempadan di kedua-dua negara.

Menurut Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau sebelum ini berhubung dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong bagi membincangkan perkara itu dan Singapura bersetuju dengan perkara berkenaan.

“Malaysia juga mahu ke Singapura kerana hubungan kedua-dua negara ini begitu rapat, termasuk bagi urusan perniagaan setiap hari dan apabila sempadan negara tidak dapat dibuka lagi, ia menjadi masalah besar,” katanya.

Pun begitu katanya keadaan Covid-19 dan kadar vaksinasi di Malaysia dan Singapura yang masih belum selesai, mungkin beliau (Hsien Loong) agak berhati-hati.

Beliau berkata, ketika ini hanya kenderaan lori dibenarkan masuk ke negara ini dengan pemandu divaksin di Singapura.

“Jadi, ini antara perkara yang akan kita perhalusi bila ia dianggap sesuai dan Singapura bersetuju apabila vaksinasi sudah sampai ke peringkat yang lengkap.

“Apabila sijil vaksinasi Malaysia dan Singapura diiktiraf bersama, ia akan membolehkan pergerakan antara kedua-dua negara, termasuk sempadan Thailand dan sempadan antarabangsa lain juga akan dibuka,” katanya.

Katanya, semua perkara itu akan diambil kira dan apabila tiba situasi vaksinasi sudah meningkat, negara sudah menjadi lebih selamat dan sempadan daerah, negeri serta antarabangsa akan mula dibuka.

“Kita akan teliti data dan pandangan daripada pakar-pakar, termasuk di peringkat Kementerian Kesihatan (KKM) serta soal keselamatan sempadan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN),” katanya.

Terdahulu Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan Mesyuarat Bersama Pimpinan BERSATU Johor di Pejabat BERSATU Bahagian Pagoh, hari ini.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments