Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan senarai nama kabinet Keluarga Malaysia petang ini.
Cakap-cakap umum banyak memperkatakan mengenai nama-nama yang bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga menteri kanan.
Pelbagai versi senarai anggota Kabinet baharu tular sejak beberapa hari lalu.
Media melaporkan sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong oleh Perdana Menteri berlangsung pagi ini.
Perbincangan dalam sesi menghadap hari ini terarah kepada mempersembahkan senarai nama anggota Kabinet untuk diberi perkenan oleh Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sekiranya diberi perkenan, majlis angkat sumpah anggota Kabinet dijangka berlangsung minggu ini dan paling cepat esok. –THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply