Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAAPHM mohon pertimbangan kerajaan perluas pilihan vaksin

APHM mohon pertimbangan kerajaan perluas pilihan vaksin

Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Datuk Dr Kuljit Singh sekali lagi meminta pertimbangan kerajaan bagi memperluaskan pilihan jenis vaksin untuk perolehan hospital swasta.

Katanya, percaturan sedemikian berupaya memberi lebih kebebasan kepada pesakit untuk memilih jenis vaksin mengikut cita rasa mereka.

Ia sekali gus mengukuhkan usaha mencapai imuniti kelompok.

“Langkah ini juga diyakini dapat mengurangkan keengganan masyarakat untuk mendapatkan suntikan vaksin apabila mereka kini boleh membuat pilihan tersendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam perkembanngan sama, hospital swasta kini akan memberikan tumpuan kepada usaha pemberian vaksin di luar Lembah Klang.

Katanya, peralihan fokus itu susulan keputusan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) pada 19 Ogos lalu untuk menghentikan khidmat lebih 8,000 pengamal perubatan (GP) swasta di Lembah Klang dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Beliau berkata, pihaknya akur dengan semua dasar dan keputusan kerajaan berkaitan aspek pengurusan pandemik COVID-19. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments