Ibu kepada penyanyi Syamel, Wan Faaizah Karim, telah meninggal dunia jam pukul 10.09 malam tadi.
Berita duka itu disampaikan Syamel menerusi Instagramnya.
“Asalamualaikum. Allah lebih menyayangi umi.
“Umi saya Wan Faaizah Karim telah kembali menghadap pencipta-Nya pada pukul 10.09 pm tadi.
“Doakan urusan umi saya dipermudahkan. Terima kasih kerana mendoakan umi saya selama ini,” tulisnya.
Arwah, yang sekian lama dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur terpaksa ditidurkan pada 24 Julai lalu akibat kekurangan oksigen dalam badan.
Syamel atau nama sebenar Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 27 sebelum ini memaklumkan keadaan ibunya tiada kena mengena dengan jangkitan wabak Covid-19.
Salam takziah dari kami di The Malaya Post buat Syamel sekeluarga. Semoga tabah dengan ketentuan Ilahi. Al Fatihah 🤲
–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply