Saturday, November 21, 2026
HomeBERITA17,672 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini

17,672 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini

Sebanyak 17,672 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 1,572,765 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, bagaimanapun berkata semua negeri mencatatkan pertambahan kes dengan Selangor melaporkan kes di bawah 5,000 iaitu 4,316 kes.

Di Sabah sebanyak 2,474 kes direkodkan, Kedah (1,602), Sarawak (1,538), Pulau Pinang (1,451), Johor (1,367) dan Kelantan (1,176).

“Selain itu, Perak sebanyak 952 kes, Kuala Lumpur (891), Pahang (506), Negeri Sembilan (478), Terengganu (470), Melaka (363), Perlis (57), Putrajaya (24) dan Labuan (tujuh),” katanya menerusi Facebook hari ini. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments