Susulan kes Dramatis, Sherie Merlis, kini dihimpit kebuntuan apabila terperangkap dalam rumah keluarga bersama 11 orang termasuk adiknya yang positif Covid-19.
Kurang sejam sebentar tadi di Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Noor Hisham Abdullah memaklumkan kepada The Malaya Post, tindakan susulan telah diambil serta merta.
Menurut Tan Sri Noor Hisham, pihak KKM telah menguruskan pengasingan dan rawatan pesakit yang juga adik kepada Sherie di MAEPS.
KKM telah dapat maklumat lengkap serta alamat. KKM sedang uruskan untuk pengasingan dan rawatan di MAEPS. InshaAllah
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 22, 2021
Tahniah Tan Sri Noor Hisham dan warga ‘frontliners’. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah SWT 🙏🇲🇾❤
Terdahulu menerusi video berdurasi lebih empat minit yang dimuat naik dalam Instagram (IG), Sherie merayu orang ramai memberikan pendapat bagaimana membantu menyelesaikan masalah membelenggu berikutan terpaksa berhimpit bersama 11 orang ahli keluarga termasuk adiknya yang disahkan positif Covid-19 dalam rumah kecil dua bilik.
Apa yang lebih membimbangkan, suami adiknya kini mengalami demam panas, manakala anak pasangan itu berusia empat tahun itu pula sakit tekak.
Sherie berkata, dia bimbangkan keadaan ibu bapanya yang sudah uzur.
Bapa menghidap sakit jantung, manakala ibunya pula mengalami alzheimer dan hanya terlantar atas katil. –THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply