Pelakon dan juga pengarah, Amar Asyraf rupanya sudah mempunyai dua isteri dan cubaan untuk menggunakan kuota ketiga bersama kekasihnya, Ellika Azman tidak kesampaian.
Aktor yang mula terkenal melalui drama bersiri ‘Setia Hujung Nyawa’ itu dikatakan mempunyai isteri kedua selain isterinya yang bernama Arna Salleh.
Gosip status sebenar pelakon itu mula tersebar apabila seorang wanita tampil mendedahkan hubungan cintanya bersama pelakon berkenaan.
Ellika Azman atau pemilik akaun Instagram, @elayka__ menceritakan bahawa dia pernah menjalin hubungan cinta bersama pelakon terbabit sejak September 2018.
Hubungan semakin serius sehingga Amar datang berjumpa dengan pihak keluarganya pada Mac lalu untuk memohon restu mengahwini kekasihnya itu.
Bagaimanpun, semakin hampir detik hari mereka disatukan semakin banyak dugaan yang dilaluinya.
Nak dijadikan cerita atas kekuasaan Allah SWT dia diberi petunjuk dan kebenaran muncul apabila mengetahui Amar mempunyai dua isteri dan sudah punyai anak dari hasil perkahwinan kedua.
Tambahnya lagi, pelakon berkenaan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah terhadap keluarga keduanya itu.
Malahan tidak pernah menjenguk anaknya sejak dilahirkan.
Perkongsian Ellika terhadap umum ini hanyalah untuk mendedahkan kebenaran semata-mata supaya tiada lagi wanita yang akan terjerat dan menjadi mangsa selepas ini.
Dia turut memberitahu akan bercerita lebih lanjut mengenai situasi yang berlaku pada masa akan datang.
Leave a Reply