Sunday, May 19, 2024
HomeBERITABaju cantik persis busana DiRaja, viral foto gadis di hari graduasinya

Baju cantik persis busana DiRaja, viral foto gadis di hari graduasinya

Tular di media sosial seorang gadis berasal dari Perak yang memakai pakaian persis busana diraja pada majlis graduasinya.

Amira Natasha yang baru sahaja memperolehi sijil lulusan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan, Perakaunan Dan Kewangan University of Auckland, New Zealand membuktikan bahawa dia bukan sahaja memiliki rupa paras yang cantik malah turut cemerlang dalam pelajarannya.

“Graduated with Bachelor of Commerce Majoring in Accounting and Finance at University of Auckland, New Zealand ????” tulisnya di laman Twitter miliknya bersama beberapa keping gambar bersama ahli keluarga dan rakan-rakan kuliahnya.

https://twitter.com/tasyajohari/status/1181190277492437002?s=08

Di samping itu, busana yang dipakai oleh gadis itu turut menjadi perhatian warganet.

Menurut Tasha, baju itu baru sahaja dibeli dari sebuah butik..

Beliau sempat berseloroh di ruangan komennya “@shawlpublika taknak sponsor saya ke? ????” tulisnya.

Tasha sempat berkongsi tips dan cara belajar di ruangan komen yang boleh dipraktikkan oleh golongan pelajar.

Di ruangan komen pula, rata-rata warganet memuji pakaian yang dipakai oleh Tasha dan turut mengucapkan tahniah kepadanya.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments