Friday, November 20, 2026
HomeBERITARaja Ilya kongsi video aksi lucu suami tiru gaya percakapan dan lenggok...

Raja Ilya kongsi video aksi lucu suami tiru gaya percakapan dan lenggok mamak

Pelakon, model dan usahawan cantik Raja Ilya merupakan antara selebriti yang rajin berkongsi aktiviti harian di platform media sosial Instagram peribadinya.

Pemilik nama Raja Ramilah Begum Raja Mohammad itu kini berada di Perth bersama suaminya seorang warga Australia, Trent Garret dan juga keluarga mertua.

Pasangan ini telah mendirikan rumahtangga pada Disember 2018.

Melihat kepada perkongsian Raja Ilya, wanita kelahiran Ipoh Perak ini mengatakan suami ‘mat saleh’nya sangat menggemari makanan Asia terutamanya kari, rendang dan masakan pedas.

Usahawan hartanah ini juga pandai menyediakan masakan sebegini.

Namun apa yang melucukan, suaminya itu bukan saja pandai menikmati makanan sebegini, malah gaya percakapan dan lenggok pun sudah macam mamak! 😂

Seloroh Raja Ilya lagi, bukan sahaja suaminya, malahan bapa mertua pun boleh berbahasa Hindi. Betul atau tidak, tak tahulah 😂.

Kari pun karilah, janji bahagia 🍲

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments