Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPEMULIH: 13 parti politik dalam kerajaan PN zahir sokongan

PEMULIH: 13 parti politik dalam kerajaan PN zahir sokongan

Inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bernilai RM150 bilion, merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bukti kerajaan tetap komited meringankan bebanan rakyat dalam berdepan penularan wabak Covid-19.

Menurut satu kenyataan media bersama 13 ketua-ketua penerangan parti-parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN), semua jentera penerangan parti-parti Kerajaan PN menyokong penuh inisiatif ini dan akan memainkan peranan memastikan mesej penting mengenai pakej bantuan kerajaan akan sampai ke akar umbi.

“Kami juga menyeru seluruh lapisan rakyat segera mengambil manfaat daripada setiap insentif yang disediakan.

“Antara insentif yang disediakan adalah moratorium tanpa syarat kepada semua peminjam individu. Tawaran ini mendapat kerjasama yang baik daripada pihak bank bagi meringankan bebanan rakyat yang terjejas pendapatan.

“Namun dinasihatkan agar peminjam tidak menambah komitmen kewangan lain jika tidak terdesak,” menurut kenyataan bersama ketua-ketua penerangan parti-parti dalam kerajaan PN kepada The Malaya Post.

Selain pakej PEMULIH, kerajaan juga mengumumkan bantuan tambahan bernilai RM 300 ribu melalui program Bantuan Bakul Makanan yang diperuntukkan kepada setiap Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

“Dalam soal menyampaikan bantuan kepada rakyat, Kerajaan PN mengambil sikap untuk mengenepikan perbezaan politik dan memberikan peruntukan kepada semua wakil rakyat tanpa mengira sikap mereka terhadap kerajaan.

“Rakyat perlu mendapatkan maklumat mengenai pakej bantuan ini daripada Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen masing-masing.

“Kami menyeru pemimpin di semua peringkat, agensi-agensi berkaitan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak-pihak bertanggungjawab agar sama-sama memastikan maklumat mengenai pakej rangsangan ekonomi daripada kerajaan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat”, menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, Jentera Penerangan parti-parti Kerajaan PN turut akan terus membantu kerajaan dalam menjayakan Pelan Pemulihan Negara dengan memperkasakan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Program vaksinasi akan menjadi kunci utama kejayaan kita melawan COVID-19. Kami menyeru kita semua bersama-sama dalam memerangi kesan daripada wabak COVID-19. Jika kita bekerja bersama, kita akan menang bersama,” menurut kenyataan bersama ketua-ketua penerangan parti-parti dalam kerajaan PN kepada The Malaya Post.

Kenyataan bersama itu membabitkan Datuk Wan Saiful Wan Jan mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu); Kamaruzaman Mohamad (PAS); Datuk Idris Buang (PBB); Chin Vui Kai (SAPP); Jeffrey Kumin (STAR); Koo Shiaw Lee (Gerakan); Datuk V Gunalan (MIC); Chan Quin Er (MCA); Khairin Bador (PBRS); Yong Li Na (PDP); Datuk Julita Majungki (PBS); Datuk Wilfred Nissom (PRS), dan Adam YII (SUPP).

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments