Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAHIBURANSiti selamat bersalin bayi lelaki

Siti selamat bersalin bayi lelaki

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor, pada jam 6.21 pagi tadi.

Kelahiran anak kedua Siti diumumkan di Instagram penyanyi tersohor itu.

Bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.

Siti dan bayi masing-masing dilaporkan berada dalam keadaan baik dan sihat.

Dalam kenyataan media, suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta selamat melahirkan bayi kedua mereka.

Menurut Datuk Seri Khalid, apa yang penting baginya adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan bayi lancar.

Pasangan ini juga menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas doa keluarga, saudara-mara, sahabat-handai, peminat, media dan orang ramai.

Selain itu, mereka mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat diketuai Dr Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan anak.

Mereka juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Datuk Dr. Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini.

“Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharap mengurniakan limpahan rezeki dan rahmat Allah SWT” memetik kenyataan media. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments