Saturday, November 21, 2026
HomeBERITABazar Ramadan Tok Adis di Kuala Ibai di buka semula hari ini

Bazar Ramadan Tok Adis di Kuala Ibai di buka semula hari ini

KUALA TERENGGANU : Bazar Ramadan Tok Adis, Kuala Ibai yang diarahkan tutup sementara mulai 16 April lalu dibenarkan beroperasi semula hari ini.

Operasi bazar Ramadan itu bagaimanapun akan dipantau sepenuhnya Jabatan Kesihatan Terengganu.

Lapor Berita Harian, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata penganjur dan peniaga serta pengunjung diminta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengelakkan penutupan berulang.

“Kebenaran diberikan jabatan kesihatan itu memberi kelegaan kepada semua peniaga, selepas dua hari tidak dibenarkan beroperasi disebabkan pelanggaran SOP.

“Bazar Ramadan Tok Adis, Kuala Ibai, diarahkan ditutup selama 14 hari mulai Jumaat lalu selepas empat hari beroperasi disebabkan berlaku perlanggaran SOP,” katanya.

Dr Alias yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Bukit Tunggal, berkata selepas perbincangan diadakan dan mengambil kira kerugian terpaksa ditanggung peniaga serta jaminan diberikan penganjur, Jabatan Kesihatan Terengganu bersetuju membenarkan bazar berkenaan untuk beroperasi semula hari ini.

“Penganjur sudah memberi jaminan untuk mematuhi setiap SOP ditetapkan, tetapi operasi bazar itu masih dalam pemantauan jabatan kesihatan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Persekitaran Unit Inspektorat dan Perundangan negeri, Jamil Mat berkata, penganjur perlu memastikan setiap pengunjung dan peniaga mendaftar masuk mengikut laluan ditetapkan dan dilarang masuk melalui laluan tepi.

Katanya, syarat kedua perlu dipatuhi penganjur ialah memastikan penjarakan fizikal satu meter di antara pengunjung di dalam bazar dan setiap gerai hanya perlu dikendalikan petugas.

“Penganjur juga diingatkan setiap gerai hanya dibenarkan dua orang pengunjung untuk berurusan pada satu-satu masa dan perlu memastikan setiap peniaga dan pengunjung perlu memakai pelitup muka.

“Semua pengunjung termasuk peniaga perlu mendaftar masuk menerusi aplikasi MySejahtera atau mencatat nama pada buku disediakan, selain perlu mengambil suhu badan,” katanya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments