Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 1,294 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 347,972 kes.
Daripada jumlah itu sejumlah 1,268 merupakan kes tempatan manakala 26 yang lain adalah kes import.
Jumlah pesakit discaj pula seramai 1,442 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 332,443 kes (95.54%).
Pesakit yang masih dirawat iaitu kes aktif adalah seramai 14,246 orang (4.09%).
168 pesakit berada di ICU dan 78 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dukacita 5 kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,283 kes (0.37%).
Takziah buat ahli keluarga mangsa.
Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan dan SOP berkenaan.
Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
https://www.facebook.com/373560576236/posts/10157830794686237/

Leave a Reply