Sunday, May 12, 2024
HomeBERITAHIBURANAkaun Instagram Nonny Nadirah mungkin digodam - Niezam Zaidi

Akaun Instagram Nonny Nadirah mungkin digodam – Niezam Zaidi

Apa sudah jadi?

Sejak beberapa hari lalu, di media sosial kecoh dengan berita mengenai penyanyi kelahiran program realiti tv Akademi Fantasia, Nonny Nadirah didakwa kembali ‘free hair’ atau lebih tepat tidak lagi berhijab.

Lebih mengejutkan, menerusi platform media sosial instagram peribadinya, Nonny berkongsi foto dipercayai dirinya berpakaian seksi dengan celana pendek selain aksi berendam di dalam air mandian seakan sedang berkemban.

Wanita berusia 31 tahun ini juga dilihat telah memadam kesemua foto terdahulu semasa masih berhijab.

Prihatin dan bimbang dengan perubahan mendadak Nonny, dua sahabat baik yang juga penyanyi seangkatan Mila Jirin dan Heliza Helmi ada memuat naik status berunsur nasihat dan doa ditujukan khas buat sahabat baik mereka itu.

Mereka berharap Nonny kembali berubah dan diberi kekuatan untuk menangkis godaan dunia.

Team TMP sempat menjengah instagram bekas kekasih Nonny iaitu pelakon Niezam Zaidi.

Menerusi perkongsian di instagram Niezam berkata dia tidak percaya sedikitpun kata-kata mereka sebaliknya hanya percaya pada Allah.

Dan kepada yang kecam tanpa bukti sahih, berubahlah sebaliknya doa yang baik-baik.

Niezam juga berpandangan mungkin instagram Nonny digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Walau apa pun terjadi, pastinya peminat Nonny mengharapkan maklum balas daripada tuan punya badan.

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Nonny. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments