Penyanyi Beyonce menerima trofi kemenangan ke-28 menerusi kategori Best R&B Song pada Anugerah Grammy 63 yang berlangsung secara maya di Los Angeles hari ini.
Secara tidak langsung penyanyi R&B ini telah berjaya mengatasi rekod yang dipegang penyanyi country, Alison Krauss sebagai penyanyi wanita meraih paling banyak trofi di Anugerah Grammy.
Wanita cantik berusia 39 tahun ini juga merupakan penyanyi paling banyak menerima pencalonan akhir di Grammys iaitu 79 pencalonan.
Lagu Hail to the Queen Bey dicipta untuk meraikan budaya orang kulit hitam yang sebelum ini ditindas di Amerika Syarikat.
“I am so honoured. I’m so excited. Thank you. As an artist I believe it’s my job and all of our jobs to reflect our times. So I wanted to uplift, encourage, celebrate all of the beautiful Black queens and kings that continue to inspire me and inspire the whole world”, kata Beyonce.
Sementara itu, Taylor Swift memenangi kategori Album Of The Year menerusi album Folklore. Kemenangan itu menjadikan Taylor penyanyi wanita pertama yang memenangi Album Of The Year sebanyak tiga kali.
Billie Eilish pula memenangi kategori utama Record Of The Year bagi lagu Everything I Wanted.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply