Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAEmpat negeri bertukar status dari PKP ke PKPB bermula 5 Mac

Empat negeri bertukar status dari PKP ke PKPB bermula 5 Mac

Empat negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang ditukar status kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Enam negeri PKPB iaitu Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan pula ditukar status kepada Peringkat Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Manakala Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak masih kekal di bawah PKPB.

Demikian pengumuman oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media berhubung perkembangan pelaksanaan PKP hari ini.

“Pelaksanaan PKPB dan PKPP bagi negeri ini berkuat kuasa 5 Mac hingga 18 Mac ini kecuali Sarawak bermula 2 Mac hingga 15 Mac ini,” katanya.

#NewNormal
#KitaMestiMenang
#KitaJagaKita

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments