Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : 1,555 kes baharu, enama kematian direkodkan hari ini

COVID-19 : 1,555 kes baharu, enama kematian direkodkan hari ini

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 1,555 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 304,135l kes.

Catatan baharu ini membabitkan 1,552 kes tempatan dan tiga kes import.

Jumlah pesakit discaj pula seramai 2,528 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 278,431 kes (91.54%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 24,563 orang (8.08%) manakala 204 pesakit berada di ICU dan 96 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Enam kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,141 kes (0.38%).Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

 

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments