Beberapa hari sebelum ini, viral di laman media sosial perkhabaran gembira penyanyi dan pelakon Ayda Jebat kini sedang hamil anak pertama.
Melalui perkongsian suami kepada Ayda Jebat, Nabil Mahir di laman Instagramnya, dia meluahkan rasa kurang senang dengan laporan sebuah portal berita yang mendakwa isterinya sedang hamil.

Menurutnya, mereka berdua tidak mengesahkan kesahihan berita terbabit namun ianya telah diterbitkan dan disensasikan oleh sebuah portal berita yang tidak bertanggungjawab.
“Dalam kehidupan ini, apabila kita mendapat berita yang baik, sudah pasti kita sendiri yang ingin kongsikannya.
“Hari ni kami pening, marah & sedih sampai mengalir air mata kerana ramai yg terasa, tersentap dan yang ingin tahu. Stress yang tak
diperlukan. Mungkin kalau betul, bukan saja saya & Ayda malah artis atau orang lain ada alasan tersendiri kan?
Jika betul pun khabar itu, tiada seorang ibu atau bapa dim dunia ini yg inginkan berita gembira mengenai zuriat pertama mereka dirampas & dijadikan sebagai viral di portal gossip,” kongsi Nabil.
Nabil juga mahu mana-mana pihak menghormati urusan kehidupan masing-masing dan mengucapkan terima kasih di atas kesemua doa dan ucapan yang diberikan serta turut berharap kesemua pihak faham dengan situasi pada waktu kini.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply