Saturday, November 21, 2026
HomeBERITADr Latiff lancar Pelan Strategik Kementerian Pembangunan Luar Bandar 2021-2025

Dr Latiff lancar Pelan Strategik Kementerian Pembangunan Luar Bandar 2021-2025

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah melancarkan Pelan Strategik Kementerian Pembangunan Luar Bandar 2021-2025.

Majlis yang berlangsung secara dalam talian semalam telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad, Menteri Pembangunan Luar Bandar di Dewan Sri Lestari, KPLB, Putrajaya.

Pelan Strategik KPLB 2021–2025 merupakan satu dokumen hala tuju strategik yang disediakan dengan  perancangan  teliti  melalui  penglibatan  pihak  pengurusan  tertinggi,  bahagian  dan  agensi.

Ia termasuk kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran  dan  Perancangan  Pengurusan  Malaysia  (MAMPU) ke arah memastikan pelan yang disediakan ini dapat memberi manfaat terutamanya kepada pemegang taruh luar bandar secara menyeluruh, inklusif dan berterusan.

YB Datuk Dr Latiff Ahmad, Menteri Pembangunan Luar Bandar. Foto: UKK KPLB

Lima  fokus  strategik  diberikan  penekanan  dalam  pelan  ini  merangkumi  infrastruktur  asas,  ekonomi,  keusahawanan,  modal  insan  dan  sistem  penyampaian.

Sebanyak  22  strategi  dan  92 program telah dirangka termasuk 163 indikator sasaran bagi memacu pembangunan luar bandar secara holistik dan mampan. –THE MALAYA POST

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments