Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : 2,461 kes baharu, lapan kematian hari ini

COVID-19 : 2,461 kes baharu, lapan kematian hari ini

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 2,461 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 280,272 kes dan kesemuanya merupakan kes tempatan.

Jumlah pesakit discaj pula seramai 4,782 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 244,753 kes (87.33%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 34,468 orang (12.30%) manakala 207 pesakit berada di ICU dan 91 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Lapan kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,051 kes (0.37%).Takziah buat ahli keluarga mangsa.

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments