Friday, May 24, 2024
HomeBERITA401,105 calon duduki SPM 2020 bermula Isnin

401,105 calon duduki SPM 2020 bermula Isnin

401,105 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 bermula Isnin di seluruh negara.

Rentetan jangkitan pandemik COVID-19, pelajar Tingkatan Lima ini melalui sesi kelas tahunan paling lama iaitu hampir 14 bulan dengan pembelajaran secara bersemuka paling singkat iaitu kira-kira hanya empat bulan.

Selebihnya para pelajar ini melalui sesi pembelajaran secara dalam talian (online) melalui aplikasi seperti Google Meet, Google Classroon dan dan Skype.

Para pelajar juga menduduki peperiksaan SPM  tanpa berpeluang melakukan ujian percubaan seperti kebiasaannya yang membolehkan mereka mengetahui tahap pengetahuan dan kedudukan mereka dalam pelbagai mata pelajaran.

Calon SPM, Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan menduduki peperiksaan membabitkan 3,310 pusat dalam persekitaran normal baharu, lengkap dengan prosedur operasi standard yang ketat (SOP).

“Peperiksaan kali ini sangat berbeza (dari masa lalu).

“SOP yang ketat dan terperinci untuk memastikan anak-anak kita dapat menduduki peperiksaan dalam persekitaran yang tenang, selesa dan selamat,” kata Menteri Pendidikan.

Dilaporkan, kira-kira 48,014 pengawas akan memastikan SOP dipatuhi mengikut apa yang telah ditetapkan.

Semua pelajar akan diminta untuk menghantar borang pengisytiharan kesihatan yang lengkap setiap hari sebelum mereka memasuki dewan peperiksaan, selain mengambil suhu badan mereka dan memakai topeng muka selama peperiksaan berlangsung.

Persiapan telah dibuat agar setiap calon dapat menduduki peperiksaan dengan lancar.

Selain dewan utama, terdapat juga ruang kelas alternatif dan khas untuk calon yang mungkin menunjukkan gejala COVID-19. Malah disediakan juga kelas pengasingan dan ‘transit’.

Sekiranya terdapat dewan yang perlu disanitasi, para calon dapat ditempatkan di ruang ganti untuk memastikan peperiksaan berjalan tanpa gangguan.

Peperiksaan SPM, SVM dan STAM lazimnya diadakan pada bulan November tetapi peperiksaan tahun 2020 ditangguhkan sehingga Januari 2021 dan kemudian dianjak pada bulan Februari kerana peningkatan kes harian COVID-19 yang memerlukan sekolah ditutup.

Para pelajar mesti diberi masa untuk bersiap sedia menghadapi ujian.

Sehubungan itu, sesi persekolahan untuk pelajar Tingkatan Lima dan Tingkatan Enam 2020 dibuka semula pada 20 Januari tahun ini iaitu sebulan sebelum peperiksaan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments