Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan pautan untuk mendapatkan Surat Kebenaran Rentas Daerah/Negeri bagi tujuan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) untuk Tingkatan satu dan Tingkatan empat.
Ini berikutan rakyat tidak dibenarkan merentas negeri dan daerah tanpa Surat Kebenaran Rentas Daerah atau Negeri memandangkan negara masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kecuali bagi negeri Sarawak.
KPM sebelum ini telah mengumumkan tarikh baru PKSK bagi tingkatan satu bermula dari 20 Januari hingga 29 Januari 2021.
Manakala bagi PKSK tingkatan empat bermula 15 Februari hingga 25 Februari 2021.
Sehubungan itu, ibu bapa boleh memuat turun Surat Kebenaran Rentas Daerah atau Negeri di laman web ;
https//spskt1.moe.gov.my
https//spskt4.moe.gov.my
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply