Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump tidak akan dibenarkan kembali ‘menciap’ di Twitter meskipun memenangi jawatan presiden dalam pilihan raya negara itu.
Ketua Pegawai Kewangan Syarikat ketua pegawai kewangan syarikat, Ned Segal dalam temu bual dengan CNBC berkata, ia adalah polisi syarikat dimana sesiapapun tidak akan dimasukkan semula selepas dikeluarkan dari platform ini.
“Ini termasuklah sesiapa saja tanpa mengira sama ada pengulas, CFO, atau bekas pegawai awam atau masih bertugas.
“Perlu diingat polisi dirancang untuk memastikan pengguna tidak menghasut keganasan, dan jika ada, kami harus mengeluarkannya daripada perkhidmatan dan dasar kami tidak membenarkan individu itu kembali,” tambahnya.
Menurut laporan, Twitter telah menggantung akaun Trump pada 8 Januari lalu berikutan risiko “melanjutkan hasutan keganasan”.
Tindakan itu diambil dua hari selepas sekumpulan penyokong bilionair itu menyerbu Capitol AS yang menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang maut.
Trump didakwa oleh Dewan Perwakilan pada 13 Jan dengan tuduhan “menghasut pemberontakan”.
Dia merupakan presiden pertama yang pernah didakwa dua kali dalam sejarah Amerika Syarikat. – BERNAMA
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply