Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAFarid Kamil terima dengan rasa penuh hormat penarikan balik gelaran Datuk oleh...

Farid Kamil terima dengan rasa penuh hormat penarikan balik gelaran Datuk oleh Sultan Pahang

Pelakon dan Pengarah, Farid Kamil menerima keputusan penarikan balik gelaran Datuk oleh Sultan Pahang berkuatkuasa pada 1 Februari lalu.

Melalu perkongsian di laman media sosial, Farid Kamil berkata dia amat berbangga dan berbesar hati dengan gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’ yang telah dianugerahkan Sultan Pahang pada 16 Disember 2017.

“Assalamualaikum w.b.t

Sejak 16 Disember 2017 saya amat berbangga dan berbesar hati membawa gelaran Dato’ yang dikurniakan oleh Istana Pahang.

Saya menjunjung kasih di atas penganugerahan tertinggi dalam hidup saya ini dan menerimanya dengan penuh kerendahan diri pada ketika itu.

Hari ini juga saya dengan penuh rasa hormat menerima keputusan dari pihak Istana Pahang menarik balik gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’ kepada saya,” tulis Farid Kamil di laman Instagramnya.

Dia turut berkongsi filem Remp-it 2 akan menemui peminat pada tahun ini dan dalam usaha memasarkan filem arahannya itu.

“Saya kini dalam usaha memasarkan filem Remp-it 2 yang akan menemui penonton dalam tahun ini juga,” kongsinya.

Terdahulu, dilaporkan Istana Pahang menarik balik dan membatalkan anugerah darjah kebesaran negeri, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk daripada dua pelakon tanah air, iaitu Farid Kamil Zahari (Farid Kamil) dan Noruliman A. Rahman atau lebih kenali sebagai Boy Iman.

Surat penarikan semula darjah kebesaran daripada dua artis itu bertarikh 1 Februari lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Salehuddin Ishak berkata, selain dua pelakon itu, terdapat tiga individu lagi yang DIMP mereka ditarik balik.

“Mereka adalah Wong Shee Kai@Ricky, Tran Thi Mai @Maimunah dan Syed Mohammad Faiz Syed Azemman,” katanya dalam kenyataan di sini.

“Penama itu tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan.

“Mereka juga perlu mengembalikannya kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang,” ulas Salehhudin lagi.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments