Thursday, May 30, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 3,384 kes baharu, 13 kematian hari ini

COVID-19 : 3,384 kes baharu, 13 kematian hari ini

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 3,384 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 254,988 kes.

Kes harian baharu hari ini membabitkan 3,369 adalah kes tempatan manakala lima belas yang lain adalah kes import.

Jumlah pesakit discaj pula direkodkan seramai 3,774 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 202,269 kes (79.3%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 51,783 orang (20.3%) manakala 259 pesakit berada di ICU dan 122 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

13 kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 926 kes (0.4%).

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments