Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPasti pernah lihat lidah bayi putih kan? Kami kongsi lima perkara yang...

Pasti pernah lihat lidah bayi putih kan? Kami kongsi lima perkara yang patut anda lakukan

Pernahkah ibu bapa dan penjaga berhadapan situasi dimana bayi anda mengalami lidah putih selepas menyusu?

Tidak kira sama ada bayi meminum susu badan mahupun susu formula, ianya tetap akan berlaku.

Pasti pelbagai soalan terlintas difikiran, seperti, “Tak apa ke kalau lidah bayi putih ni? Takut kalau dibiarkan nanti makin tebal pula lapisan susunya. Tapi, perlukah dibersihkan? Nak guna apa?”

Menurut sumber oleh Baby Center, lapisan susu ini boleh bertukar menjadi lebih tebal dan seterusnya membentuk kulat susu yang dikenali sebagai candidiasis atau ‘oral thrush’.

Kadangkala kulat ini boleh membiak dan merebak, lalu menyebabkan jangkitan. Persekitaran yang panas, lembap dan bergula, iaitu keadaan yang terdapat dalam mulut bayi semasa menyusu adalah persekitaran yang sempurna untuk ianya membiak.

Di sini kami kongsikan lima perkara yang anda perlu buat jika mendapati lidah bayi putih.

1. PASTIKAN SAMA ADA IANYA JANGKITAN KULAT ATAU SEKADAR LAPISAN SUSU.

Pertama sekali, perhatikan tompokan putih pada lidah itu dengan teliti. Jika ianya boleh dibersihkan dengan mudah menggunakan kain lembap yang bersih, ia hanyalah sisa lapisan susu.

Namun, jika anda mendapati terdapat lapisan tebal yang sukar dihilangkan dan beberapa tompokan lagi dalam mulut bayi, ia mungkin jangkitan kulat.

Kadangkala, bayi turut menunjukkan simptom kesukaran menyusu dan beberapa tanda ketidakselesaan lain. Dalam kes ini, anda dinasihatkan untuk membawa bayi berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

2. CUBA BERSIHKANNYA.

Anda boleh membantu untuk menghilangkan dengan melilitkan kain bersih pada jari anda. Paling mudah, gunakan kain lampin dan kemudian celupkannya dalam air putih atau air suam sebelum digosokkan pada selaput putih di mulut bayi anda.

Pastikan anda melakukannya perlahan-lahan dan tidak menyakiti bayi. Lakukan rutin ini dengan kerap setiap hari untuk menjaga kebersihan mulut bayi.

3. UTAMAKAN RUTIN KEBERSIHAN SEBELUM DAN SELEPAS MENYUSU.

Selain menjaga kebersihan mulut bayi, penting juga untuk anda memastikan kebersihan puting payudara atau puting silikon yang digunakan setiap kali menyusu.

Bagi yang menyusu badan, anda boleh mencuci puting payudara dengan air kosong terlebih dahulu sebelum penyusuan. Selepas selesai menyusu, pastikan juga puting payudara anda bersih dan kering kerana puting yang lembab di dalam bra sebenarnya boleh menyebabkan jangkitan kulat.

Jika bayi anda berusia 6 bulan keatas, anda boleh memberi bayi meminum sedikit air suam selepas menyusu untuk membilas mulutnya.

4. MINIMAKAN RISIKO PADA PERSEKITARAN.

Selain alatan penyusuan seperti pam susu ibu, cuci dan bersihkan juga alatan mainan bayi serta dengan menggunakan air panas mendidih sekerap mungkin. Ini kerana, bayi cenderung menggigit dan memasukkan kesemua barangan ke dalam mulut.

Cuci tangan sekerap mungkin setiap kali sebelum dan selepas penyusuan. Untuk memudahkan, anda boleh juga menggunakan hand sanitizer untuk membunuh kuman.

5. KETAHUI TANDA BAHAYA.

Apabila lidah bayi didapati putih, anda perlulah mencucinya seawal mungkin supaya susu tidak berkumpul. Ini kerana, keadaan ini seringkali disusuli oleh jangkitan kulat di bahagian bawah mulut mereka lalu mengakibatkan sedikit kegatalan.

Walaupun selalunya kulat susu ini tidak merbahaya, ia boleh memudaratkan jika bayi berasa tidak selesa dan enggan menyusu. Lebih teruk lagi, bayi boleh mengalami demam akibat dehidrasi.

Maka, ibubapa dan penjaga dinasihatkan untuk dapatkan pemeriksaan awal jika terdapat sebarang tanda yang mencurigakan.

Semoga bermanfaat 👼

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments