Saturday, May 25, 2024
HomeBERITASekatan jalan raya kekal, elak rentas daerah tanpa sebab

Sekatan jalan raya kekal, elak rentas daerah tanpa sebab

Walau hampir semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi semula, namun sekatan jalan raya masih dijalankan seperti biasa.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap menjalani operasi penguatkuasaan dan pemeriksaan kenderaan di sekatan jalan raya walau Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju membenarkan beberapa sektor ekonomi yang menjadi tumpuan masyarakat mula beroperasi semalam.

Melalui laporan Berita Harian, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata aliran lalu lintas masih terkawal kerana pemandu kenderaan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKP yang melarang pergerakan rentas daerah serta negeri tanpa alasan kukuh.

“Memang ada tambahan sektor peruncitan dibenarkan kembali operasi, tetapi arahan lain kerajaan masih berkuat kuasa.

“Contohnya, rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan. Kita masih buat pemeriksaan kenderaan melalui sekatan macam biasa.

“Aliran trafik dijangka dapat dikawal kerana pemandu kenderaan masih terikat SOP PKP tidak dibenarkan rentas daerah serta negeri,” katanya pada BH, hari ini.

Ditanya jika polis akan mengurangkan sekatan jalan raya susulan pengumuman terbaharu kerajaan itu, Azisman berkata, pihaknya belum berhasrat berbuat demikian.

Selain sekatan, katanya, pasukan JSPT akan membuat rondaan dan pemeriksaan di jalan raya.

“Kita akan turun padang bagi mengesan mereka yang melanggar SOP ditetapkan,” katanya.

Antara baki sektor peruncitan yang dibenarkan kembali beroperasi termasuk kedai pakaian, fesyen dan aksesori, kasut, barangan dan perkhidmatan fotografi, barangan terpakai, kedai bunga atau nurseri, kraftangan dan cenderahati serta kedai antik.

Selain itu, kedai alat permainan, permaidani, kedai kandungan kreatif atau peralatan industri kreatif, barangan aktiviti luar, peralatan sukan, barangan rumah dan peralatan dapur, kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi, kedai tembakau, aksesori kenderaan dan Ar-Rahnu.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments