Pelakon Fatiya Latiff baru-baru ini mencuri tumpuan netizen apabila berkongsi video dirinya menjalani rawatan memasukkan filler di bahagian rahang wajah.
Menerusi video yang dimuatnaik di laman media sosial Instagram peribadinya, kelihatan Fatiya menjalani suntikan filler di kedua-dua belah rahangnya.

Menurunkan komentar di ruangan kapsyen, gadis tinggi lampai ini menjelaskan filler dapat mencantikkan bentuk, simetri, keseimbangan dan kontur rahang.

Dia turut menunjukkan hasil sebelum dan selepas proses penyuntikan dan sempat mempromosi kaedah mencantikkan rahang tersebut buat pembaca.
Tindakan Fatiya berkongsi perkara itu mendapat reaksi bercampur-baur dari pengikutnya.
Menerusi ruangan komen, ada juga yang memuji penampilan terbaru Fatiya.
Namun, tidak kurang pula mengatakan wajah Fatiya sudah semulajadi cantik dan tidak memerlukan rawatan sebegitu.

Malah ramai yang memberi nasihat dan peringatan tentang dosa mengubah ciptaan Tuhan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply